Meat with Onions and Tomatos


$25.95



Shrimps with Tomatos and Avocados


$17.95



Vanila Ice-Cream and Pancakes


$13.95


Powered by Blogger.
Sunday, April 28, 2013

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Segala puji dan puja buat Pentadbir sekalian alam dan Penguasa hari kemudian serta Selawat dan Salam buat Rasul junjungan tercinta.

Tahniah kepada lepasan SPM yang sudah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Saya kira pasti ramai yang sudah menerima berbondong-bondong tawaran dari kolej mahupun universiti swasta. Ada juga yang sudah menerima tawaran daripada matrikulasi KPM. Yang tinggal hanya keputusan permohonan ke universiti melalui UPU sahaja.

Selain daripada universiti dalam negara, para pelajar juga berpeluang melanjutkan pelajaran di luar negara. Bagi pelajar aliran agama, banyak pilihan yang boleh dipilih. Antaranya Madinah, Jordan, Maghribi, Mesir dan banyak lagi.

Entri kali ini ditujukan khas untuk mereka yang berhajat mahu melanjutkan pelajaran ke Universiti di Jordan.

Syarat-syaratnya ialah :

1. Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Jordan peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut :

- Perubatan & Pergigian
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dengan mempunyai Purata Peratusan Markah sekurang-kurangnya  90% bagi keseluruhan matapelajaran SPM termasuk lima pelajaran sains Biologi, Fizik, Kimia, Matematik & Matematik Tambahan

Atau

Mempunyai sekurang-kurangnya A- bagi semua matapelajaran SPM termasuk Bahasa Arab

Pengajian Islam
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan mempunyai sekurang-kurangnya kepujian ( Gred B+ ) dalam matapelajaran Bahasa Arab dan matapelajaran berkaitan Pengajian Islam

Dan

Mempunyai kepujian bagi matapelajaran lain.

Borang permohonan boleh dimuat turun di Borang Permohonan Ke Jordan Tarikh tutup permohonan pada 31 Mei 2013. Semoga berjaya.


Hubungi Noorhisham Kr di Faceebook


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2013 Of .Afraina Enterprise